Sunday, 22 April 2012

kari daging....

assalamualaikum semua...


hari ni aku saja2 nak post kari daging pekat ni...walaupun aku ni alergik dgn daging,tp aku gagahi jua utk memasaknya utk mr hubby yg tercinta....so, aku nak kongsi2la resepi kari daging pekat ni...


ini bahan2nya :...


1/2 kg daging
1 cawan rempah kari
1 cawan serbuk cili (aku guna byk ckit sbb hubby mmg suka pedas)
2 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih(dikisar)
1 kayu manis
2 inci halia (dikisar)
2 asam keping
2 biji kentang (dipotong 4)
1 cawan santan pekat (kalau nak guna susu cair pun boleh)


Cara2 :


Panaskan minyak. Selepas itu, tumiskan bawang merah,bawang putih,kayu manis,halia hingga garing dan naik wangi.Kemudian masukkan asam keping, serbuk cili dan serbuk kari. Gaul hingga naik wangi. Gunakan api yg sederhana.Selepas itu, masukkan secawan air. Biarkan selama 3 hingga 5 minit. Pastikan serbuk kari td betul2 masak dan pecah minyak.Kemudian, masukkan daging yg telah dibersihkan drp segala lemak2 td. Bila daging dh mula empuk, masukkan kentang yang telah dipotong 4 td. Selepas itu, masukkan santan, garam dan serbuk perasa.. Biarkan mendidih seketika. Apabila kuah dh menjadi pekat dan mengelegak sedikit, boleh lah tutupkn api. Jadi, bolehlah menghidangkan kari daging pekat td kepada ahli keluarga, rakan2 yg menyukainya....


blhlah mencuba yer.....


inilah hasilnya....mr hubby amat menyukai kari daging pekat ni....




Thursday, 19 April 2012

kek cheese simple yang sedap


aku suka sangat makan kek cheese ni.klau ada masa terluang nanti,nak buat lagi la kek cheese yang amat mudah ini...so, hari ni aku nak bagi la resepi kepada korang yang ingin mencuba resepi kek cheese yg amat mudah ini...

ni bahan2 die...

250 g mentega
250 g Cream Cheese
2 bungkus Salt Cheese Crackers
1 tin kecil Nestle Cream 
1 cawan gula
1 cawan susu segar/susu pekat manis

cara2nya senang ajer...

Pukul gula dan mentega sehingga kembang. Masukkan Cream Cheese. Pukul hingga sebati. Kemudian masukkan Nestle Cream. Pukul lagi. Ketepikan.Tuangkan susu segar/susu pekat manis ke dalam bekas.Celupkan Salt Cheese Crackers satu per satu (celup sekejap aje).Selepas itu, letakkan biskut td ke dalam bekas/loyang.Lapiskan dengan adunan Cream Cheese tadi dan ratakan.Ulang langkah td sehingga biskut dan adunan habis.Setelah siap,masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.selepas itu,barulah boleh dipotong dan dihidangkan...


kepada sesiapa yg x tahu cmane Salt Cheese Cracker, sila la lihat di bawah....


ni la salt cheese cracker...aku guna jenama Khong Guan....
cream cheese yg aku guna...Philadelphia...

adunan mentege dan gula....pukul hingga nampak gebu...

adunan mentega td yg telah dimasukkan cream cheese, nestle cream...pukul hingga sebati....

inilah hasilnya....nyum2....



Wednesday, 18 April 2012

durian runtuh...

19 April 2012 .... 


wah...wah...wah....ramainyer org dpt durian runtuh hari ni...sesiapa yg gaji menggunakan akaun MAYBANK mmg banyak senyum...dapat gaji awal drp biasa...fuhhh!!!!best!!!best!!! hhhrrmmmm... tp aku blom lg dpt gaji.. kene tunggu minggu depan la alamatnyer.. xpe2... sabar2.. yg penting mr hubby dh dpt gaji... yessszzzaaa... blh la ajak kuar mkn mlm ni... hehehe.... seronot... seronotnyerrr....by the way hari ni aku nak dgr lagu yg mengamit kenangan ckit la...jom dgr...



lupe punya pasal....

18.04.2012, pada jam 2.50pm....aku ikut hubby aku hantar keta sewa..nak hantar keta ni kat seorg budak ..sampai jer kat tempat budak tu,rupa2nya keta yg hubby ku nak hantar tu,die terlupa nak tutup pintu dan enjin semasa die 'check' keta tu dlm pukul 12.30 tghari td.... bayangkan selama 2 jam keta tu terbuka pintu dan enjin x ditutup...nasib baik xde org yg nak 'menculik' keta tu....mmg nasib baik btul la...klau keta hilang,menangis air mata darah sekalipun xkn jumpa keta tu lagi... kenapa la hubby aku skrg ni asyik lupe aje... sbb tu la aku slalu pesan kat die... klau nak buat ape2,mesti aku akan cal @ sms die.tkt perkara yg x diingini blaku cthnya mcm hari ni.... nak kata dh tua, x lagi...mmg nasib baik la keta msh ade...syukur sgt2....pesanan utk mr hubby....lain kali jgn lupe lagi k....

Tuesday, 17 April 2012

hi..hi..hi....

Assalamualaikum semua.......


hari ni memang bz giler dgn kerja. kerja yang melambak terpaksa dihabiskan sblm tarikh ditetapkan. adoh2 kepala ni pulak yg buat hal.....asyik pening jer.dahla semalam smua kerja tergendala disebabkan masalah sakit perut..nasib baik la hari ni aku dpt g kerja.klau x,tertangguh lagi la kerja aku kat atas meja tu....dh mcm menara kembar KLCC dh kat atas meja aku tu.... by the way, aku nak sambong kja aku yg tergendala dulu yer... nanti jumpa lagi....bye....


* nak dgr lagu Adele ni kjap le....