Sunday, 22 April 2012

kari daging....

assalamualaikum semua...


hari ni aku saja2 nak post kari daging pekat ni...walaupun aku ni alergik dgn daging,tp aku gagahi jua utk memasaknya utk mr hubby yg tercinta....so, aku nak kongsi2la resepi kari daging pekat ni...


ini bahan2nya :...


1/2 kg daging
1 cawan rempah kari
1 cawan serbuk cili (aku guna byk ckit sbb hubby mmg suka pedas)
2 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih(dikisar)
1 kayu manis
2 inci halia (dikisar)
2 asam keping
2 biji kentang (dipotong 4)
1 cawan santan pekat (kalau nak guna susu cair pun boleh)


Cara2 :


Panaskan minyak. Selepas itu, tumiskan bawang merah,bawang putih,kayu manis,halia hingga garing dan naik wangi.Kemudian masukkan asam keping, serbuk cili dan serbuk kari. Gaul hingga naik wangi. Gunakan api yg sederhana.Selepas itu, masukkan secawan air. Biarkan selama 3 hingga 5 minit. Pastikan serbuk kari td betul2 masak dan pecah minyak.Kemudian, masukkan daging yg telah dibersihkan drp segala lemak2 td. Bila daging dh mula empuk, masukkan kentang yang telah dipotong 4 td. Selepas itu, masukkan santan, garam dan serbuk perasa.. Biarkan mendidih seketika. Apabila kuah dh menjadi pekat dan mengelegak sedikit, boleh lah tutupkn api. Jadi, bolehlah menghidangkan kari daging pekat td kepada ahli keluarga, rakan2 yg menyukainya....


blhlah mencuba yer.....


inilah hasilnya....mr hubby amat menyukai kari daging pekat ni....




No comments:

Post a Comment