aku suka sangat makan kek cheese ni.klau ada masa terluang nanti,nak buat lagi la kek cheese yang amat mudah ini...so, hari ni aku nak bagi la resepi kepada korang yang ingin mencuba resepi kek cheese yg amat mudah ini...
ni bahan2 die...
250 g mentega
250 g Cream Cheese
2 bungkus Salt Cheese Crackers
1 tin kecil Nestle Cream
1 cawan gula
1 cawan susu segar/susu pekat manis
cara2nya senang ajer...
Pukul gula dan mentega sehingga kembang. Masukkan Cream Cheese. Pukul hingga sebati. Kemudian masukkan Nestle Cream. Pukul lagi. Ketepikan.Tuangkan susu segar/susu pekat manis ke dalam bekas.Celupkan Salt Cheese Crackers satu per satu (celup sekejap aje).Selepas itu, letakkan biskut td ke dalam bekas/loyang.Lapiskan dengan adunan Cream Cheese tadi dan ratakan.Ulang langkah td sehingga biskut dan adunan habis.Setelah siap,masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.selepas itu,barulah boleh dipotong dan dihidangkan...
kepada sesiapa yg x tahu cmane Salt Cheese Cracker, sila la lihat di bawah....
kepada sesiapa yg x tahu cmane Salt Cheese Cracker, sila la lihat di bawah....
![]() |
ni la salt cheese cracker...aku guna jenama Khong Guan.... |
![]() |
cream cheese yg aku guna...Philadelphia... |
![]() |
adunan mentege dan gula....pukul hingga nampak gebu... |
![]() |
adunan mentega td yg telah dimasukkan cream cheese, nestle cream...pukul hingga sebati.... |
![]() |
inilah hasilnya....nyum2.... |
No comments:
Post a Comment